Jam 6 petang pesawat MAS yang membawa penumpang dari Hawaii mendarat di Kuala lumpur International Airport. Aisy menghela nafas lega. Akhirnya dia tiba di negara tempat tumpah darahnya. Selepas ini dia akan menaiki teksi untuk ke rumahnya di Bangi.
Aqleef merenung Aisy dengan ekor matanya. Dia berasa berat hati untuk meninggalkan Aisy. Dia mahu bertemu lagi dengan Aisy kerana dia belum habis menanyakan perihal wanita itu. Dia mengeluh.
" Bye Aqleef." Pamit Aisy. Dia menyandang begnya yang berisi laptop dan beberapa dokumen penting seperti passport. Dia berjalan pantas. Dia ingin cepat bertemu dengan ibu dan ayah. Rasa rindu kepada kedua-dua orang tuanya menggamit nalurinya.
Aqleef mengeluh. Belum sempat dia ingin menarik gadis itu untuk berjalan bersama-sama, gadis itu sudah meluru keluar dari pesawat. Para pramugari dan pramugara yang terserempak dengannya tersenyum hormat. Dia membalas senyuman itu seikhlas hatinya. Siapa yang tak kenal Aqleef? Seorang juruterbang yang disegani ramai.
' Macam mana aku nak beritahu dia?' Tanya Aqleef kepada dirinya. Dia runsing.
Aisy pula berdebar-debar apabila dia mendekati Balai Ketibaan. Tidak tahu kenapa dadanya berdebar-debar. Seperti ada benda yang akan terjadi! Mata Aisy membulat besar. Air mata mula bergenang di tubir mata apabila melihat Encik Deris dan Puan Mariah. Ibu dan ayah. Dia segera mendekati dua insan yang teristimewa di hatinya.
Encik Deris dan Puan Mariah mendakap erat tubuh kurus Aisy. Melepaskan rindu demam. Pelukan dirungkaikan. Wajah Aisy dipandang mereka. Penampilan Aisy sudah berubah. Sangat ketara! Aisy memakai kanta lekap bewarna hijau dan bermekap sedikit. Rambut juga seperti sudah bewarna sedikit coklat gelap. Aisy tampil dengan singlet putih dan di bahagian hadapan singlet itu ada kepala harimau bintang. Memakai seluar hitam ketat. Mengikut saiz kaki.
" Kenapa Aisy colourkan rambut?" Tanya Encik Deris tidak senang hati.
" Ni boleh basuhlah ayah." Beritahu Aisy. Dia tahu ayahnya amat anti tentang gadis yang mewarnakan rambutnya buat selama-lamanya.
Puan Mariah merenung troli yang dibawa Aisy. Hanya ada tiga bagasi besar. Dia hairan. " Aisy balik Malaysia selamanya?"
" Tak tahu." Balas Aisy selamba. Dia sebenarnya tidak berhenti bekrja di Louise Cafe sebagai Mareketing Manager. Dia cuma mengambil cuti tanpa gaji selama sembilan bulan.
" Aisy tak buat apa-apa shipping?" Tanya Puan Mariah.
Aisy menggeleng. " Aisy cuma ambil cuti tanpa gaji sembilan bulan. Maybe lepas tu Aisy balik Hawaii." Beritahu Aisy.
" Jadi Aisy balik sini untuk sembilan bulan aje?" Sampuk Encik Deris.
" Mungkin. Tak tahu lagi. Lagipun Aisy dah janji dengan kawan nak travel Europe sama-sama lepas puasa." Jawab Aisy. Dia sudah berjanji dengan sahabatnya untuk travel Europe selepas puasa. Mungkin dua hari raya dia akan travel.
Puan Mariah seperti memikirkan sesuatu. Hari Raya Aidilfitri bulan August nanti. Sekarang bulan March. Maksudnya Aisy akan tinggal di Malaysia selama lima bulan dan baki empat bulan Aisy akan travel Europe. " Aisy baru balik takkan nak tinggalkan ibu dan ayah lagi." Rungut Puan Mariah. Tidak puas hati.
" Bersyukurlah Yah. Aisy dah balik tu." Sampuk Encik Deris. Hal-hal seperti ini boleh diuruskan. Tahulah dia memujuk Aisy.
" Kawan mana yang pergi travel Europe dengan Aisy?" Tanya Puan Mariah. Dia memandang anak perempuan tunggalnya semacam.
" Ibu tak kenal pun." Balas Aisy senang.
" Ibu perlu tahu."
" Dahlah tu. Jom balik." Ajak Encik Deris. Dia tidak mahu kerana isu kecil ini Aisy ingin pulang kembali ke Hawaii. Lagipun mereka sekarang berada di KLIA. Bila-bila saja Aisy boleh beli tiket pulang ke Hawaii.
" Ehemmm." Dehem satu suara.
Encik Deris tersenyum lebar memandang lelaki itu. Puan Mariah pula tergamam sedikit. Aisy pula statik. Dia tidak mahu memandang ke belakang. Trauma dan takut menghuni tangkai hatinya. Entah kenapa dia berasa takut dan panik dia pun tak tahu.
" Aqleef!" Tegur Encik Deris.
Aisy menghela nafas lega. Dipusing tubuhnya ke belakang. Menatap raut Aqleef. Aqleef sedang tersenyum kepadanya. Ohhh, janganlah perasan Aisy! Dia senyum kat mak kaulah, desis Aisy.
" Tak sangka kita jumpa di sini Aqleef." Ujar Encik Deris. Agak lama jugak dia tidak bertemu dengan Aqleef. Rasanya adalah dalam tiga bulan. Selalunya mereka berhubung dalam talian.
" Ya Uncle. Uncle sihat?" Tanya Aqleef ramah.
" Sihat. Marilah ke rumah uncle." Ajak Encik Deris tiba-tiba.
Aisy di situ hanya berdiri. Memerhati drama sebabak di hadapannya. Bagaimana Aqleef boleh mesra dengan ayah? Ayah bukanlah lelaki yang peramah. Setahunya dia pernah kenalkan Aqleef dan keluarganya lima tahun lalu. Lima tahun lalu satu jangka masa yang agak panjang. Dia hairan sendiri. Dia merasakan seperti ada perkara yang disorokkan dari pengetahuannya tapi apa?
" Tak menganggu ke?" Tanya Aqleef.
" Taklah."
" Marilah Aqleef." Ajak Puan Mariah pula.
Aisy di situ hanya terkebil-kebil. Hello! Kenapa mamat ni pulak dapat perhatian daripada ibu dan ayah? Aisy mengelamun. Lengan Aisy ditarik Puan Mariah. Aisy berjalan beriringan dengan ibunya manakal Aqleef dan Encik Deris jalan beriringan di hadapan mereka. Dia masih tidak faham. Tidak faham akan keakraban Aqleef dan Encik Deris. Troli bagasinya ditolak oleh Encik Deris. Aisy tambah hairan apabila ayah dan Aqleef berbicara dengan suara perlahan. Seperti ada perkara yang disorokkan.
No comments:
Post a Comment