Dua belas tahun selepas perkenalan Aisy dan Aqleef...
Aisy bergerak masuk ke pesawat MAS. Pesawat yang bakal menerbangkannya pulang ke Malaysia. Hampir tiga tahun dia menyembunyikan diri dari kaum keluarga, sahabat andai selepas peristiwa malang itu. Kini dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah keluarganya. Dia pun malas mahu memikirkan kata-kata orang disekitarnya. Mulut orang sukar nak tutup dari mengata. Biarkan saja mereka.
Aisy duduk di sebelah tingkap. Jam tangan digitalnya menunjukkan angka 8.20 pagi, waktu di Honolulu, Hawaii. Sekarang di Malaysia sudah malam kerana jarak di antara Malaysia dan Hawaii ialah lapan belas jam.
Aisy melepaskan keluhan. Tiba-tiba dia teringatkan Aqleef dan Gia. Adakah Aqleef masih menyukai Gia? Adakah Aqleef sudah mengahwini Gia atau perempuan lain? Dia pun tidak tahu kerana dia sendiri yang mendiamkan diri di bumi asing. Facebook, Twitter, Instagram tidak lagi dibukanya sejak tiga tahun yang lalu. Nombor telefonnya pun sering bertukar kerana tidak mahu ahli keluarganya mencari dia di Honolulu.
Dia menongkat dagunya dengan tangan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya setiba di Malaysia. Tiada plan. Setibanya di KLIA nanti dia akan memikirkan semua itu. Pulangnya ke Malaysia tiada siapa yang tahu.
Pengunguman pramugara yang menyuruh para penumpang memakai tali pinggang keselamatan membuatkannya tersentak dari lamunan. Dia segera memakai tali pinggang keledar.
" Hasyfiqah!" Panggil seseorang.
Aisy terkejut. Dia menoleh ke sebelah. Ingin memandang raut yang memanggil namanya. Dia terpana. Aqleef di sebelahnya? Apakah?
" Hashfiqah Azwa binti Deris a.k.a Aisy." Panggil suara itu.
" Aqleef?" Mata Aisy membulat.
" Ya ni aku." Sahut Aqleef selamba. Dia tersenyum lebar memandang Aisy yang sudah lama dia tidak bertemu.
" Kau dah berubah. Sangat." Komen Aqleef.
Aisy tersenyum sinis. " Kenangan silam yang mengubah sesorang."
" Tapi perlu ke kau berubah sampai begini sekali?" Tanya Aqleef. Dia terkejut melihat Aisy yang agak kelihatan berbeza sedikit dari penampilannya yang dahulu. Mungkin bukan sedikit! Sangat banyak!
" I used to be a nerd. Really nerd sampai maruah aku dengan mudah dicalarkan dengan teruk tapi sekarang tak." Balas Aisy. Dia tahu lelaki itu sangat terkejut dengan penampilannya kini.
" Ok fine." Aqleef tidak mahu komen lebih-lebih. Takut Aisy kembali mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman.
" So Aqleef... Lama tak dengar cerita? Kau buat apa kat Honolulu ni?" Tanya Aisy ingin tahu. Takkanlah berbulan madu di Honolulu.
" Bercuti."
" What? Kenapa Hawaii? Seronok tak?" Aisy tersenyum nakal.
Aqleef mengeluh. Dia mengerti senyuman nakal di bibir Aisy. " Aku pergi surf dan lawat beberapa tempat jelah. Tak ada kerja aku nak layan semua benda tu."
Aisy ketawa kecil. Saja aje mengusik Aqleef tadi. " Seronok tak cuci mata kat pantai?"
" Aku debik jugak kepala kau ni!" Marah Aqleef.
" Berani ke?"
" Ohhh... Kau dengan Gia apa cerita? Any update?"
Wajah Aqleef berubah. Kalaulah Aisy tahu isi hatinya... Kalaulah...
" Kau rasa?"
" Mungkin kau dah bertunang dengan dia... Aku pun tak tahulah."
" Suka hati kaulah nak fikir apa pun." Aqleef malas mahu menjawab soalan Aisy.
PAPP!
" Kau kenapa?" Marah Aqleef. Panas hatinya dengan Aisy. Tiba-tiba debik belakangnya. Aisy sudah berani cari gaduh dengan dirinya.
" Aku tanya kau baik-baik kan? Kenapa susah sangat nak jawab ha?"
" Manalah aku tahu Si Gia tu sekarang buat apa!"
" Dah lama sangat kita tak gaduhkan?" Tiba-tiba Aisy bertanya.
Kening Aqleef bertaut rapat. Pelik. Beberapa saat kemudian dia ketawa kecil. " Jadi tadi kau cuba cari gaduh dengan aku?"
" Tak bermaksud pun."
" Hahaha... Kau pula apa cer? Takkan tak terpikat dengan mana-mana mamat rambut blonde?"
Aisy menggeleng. " Luka lama tak sembuh lagi kut."
" Dah lima tahun perkara tu berlaku." Balas Aqleef.
" Hrmmm..." Aisy tidak tahu mahu membalas apa.
" Kau balik ke Malaysia berapa bulan?" Tanya Aqleef ingin tahu.
" Dependslah."
" Maksud kau?"
" Aku sebenarnya malas nak balik tapi bila aku dengar mak aku menangis sebab dah lama tak jumpa aku." Jawab Aisy.
" Aku kau tak kesian?" Tanya Aqleef.
Aisy memandang Aqleef dengan pandangan hairan. " Kau buat apa duh? Buang karen je."
" Sampai hati kaukan cakap macam tu." Aqleef seperti bejauh hati dengan Aisy.
Aisy menolak perlahan tubuh tepi Aqleef dengan jari hantunya. " Buruk benau kalau kau merajuk." Kemudian, dia ketawa kecil.
" Orang merajuk bukan tak nak pujuk."
" Suruhlah Gia pujuk."
" Kau tak habis-habis dengan Gia." Ujar Aqleef perlahan.
" Habistu?"
" Three." Aqleef berloyar buruk.
" K. Fine." Aisy kembali membaca majalah di ribanya. Dia duduk bersila di seatnya.
" Aisy... Kalau ada orang masuk meminang kau... Kau terima tak?" Soal Aqleef setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
Aisy merenung wajah tampan Aqleef. " Aku sensitive sikit kalau cakap pasal couple, minang, tunang, kahwin, suami, anak, cucu, cicit dan hal-hal yang melibatkan masa depan keeluarga aku. So my answer is no! A big no! Lagipun aku tak nak kahwin lagi. Live free mate."
" Okey." Aqleef cuba menyembunyikan senyuman.
No comments:
Post a Comment