Friday 11 December 2015

Plot Twist Jodoh Prolog

Prolog

Hanis, Afif dan Adi sedang sibuk bermain dengan peralatan muzik masing-masing. Mereka sedang menunggu mantee mereka di bilik muzik. Mereka mengeluh. Mantee mereka masih belum tiba lagi walaupun sudah dua jam menunggu. 

“ Mana budak ni?” Tanya Hanis kepada Afif dan Adi yang sibuk memetik gitar berwarna hitam. Dia mendengus. Kali ini mereka perlu menjadi mentor kepada junior yang baru saja masuk ke alam persekolahan di Eliantra Business School. Kononnya program mentor mantee adalah untuk mengakrabkan lagi hubungan senior dan junior serta membantu junior mereka untuk menyesuaikan diri di kolej ini.

“ Entahlah.” Jawab Adi dan Afif serentak. Mereka juga sudah bosan menunggu mantee mereka yang masih belum menampakkan bayang. 

“ Ni yang aku nak marah ni.” Balas Hanis. Dia paling benci menunggu. Drumstick di tangannya dihentak kuat pada drum. Menyalurkan rasa bosan dan marahnya ke drum itu. Dua jam menunggu manteenya dia sudah mematahkan sepasang drumstick. 

“ Rel...” Belum sempat Afif ingin menyambung ayatnya, pintu bilik muzik sudah terbuka dari luar. 

“ Sorry for the late. Semua mantee tersekat dengan ceramah Miss Janie yang syok sendiri.” Beritahu Dean. Disebelahnya berdiri seorang remaja lelaki kacak memakai pakaian seragam Eliantra Business School. Remaja lelaki itu tersenyum mesra kepada mereka. 

“ It’s okay.” Ucap Hanis lemah. Dia menghampiri Dean dan remaja lelaki itu. Dia tidak jadi marah kerana manteenya lambat kerana bebelan Miss Janie. Dia pasti Miss Janie telah membuka pelbagai cerita kepada batch juniornya. Yang pastinya lebih banyak buruk dari baik. Siapa yang tidak kenal dengan Miss Janie?

“ What’s your name?” Tanya Hanis. Dia menarik tangan remaja lelaki itu ke bangku terdekat. 

Remaja lelaki itu tergamam namun diikuti saja langkah Hanis. 

“ Zarith Iskandar al- Hakim.” Jawab Zarith. Dia sengaja idak menyebut nama ‘Tunku’ di hadapan nama Zarith.

“ Nis... That boy nobody can touch.” Pesan Dean. Tanpa berkata apa-apa. Dia pergi meninggalkan bilik muzik.

Hanis mengangkat tinggi keningnya. Dia pelik. 

“ Anak Sultan Indra Sari.” Balas Afif. Dia duduk di sebelah Zarith. 

“ Ooo... Ampunkan patik.” Ucap Hanis selamba. Dia merenung lama wajah Afif. Dia seperti memikirkan sesuatu. Dia sebenarnya masih terperanjat dengan fakta yang baru dia tahu. 

“ Adik Tunku Zayyan ke Afif?” Tanya Hanis. Direnung wajah Zarith. Tak ada iras-iras muka Zayyan pun, bisik hati Hanis, 

Afif angguk perlahan. Dia tahu Hanis masih terperanjat dengan semua ini. 

“ Abang sihat?” Tanya Hanis kepada Zarith. Dia merenung dalam-dalam wajah Zarith sehingga membuatkan Zarith tidak selesa. 

“ Sihat.” 

“ Abang sekolah sini ke?” Tanya Hanis lagi. Dia ingin tahu tentang perkara itu.

Zarith menggelengkan kepalanya. Dia pelik dengan soalan yang diajukan seniornya. Hanis kenal ke dengan abangnya? Setahunya abangnya sedang menjalinkan hubungan dengan puteri dari kerajaan Indra Permata. 

Hanis lega. “ Kau bukan macam abang kau kan?”

Afif geleng kepala mendengar soalan yang diajukan Hanis kepada Zarith. Dia tahu Hanis masih trauma dan masih belum memaafkan Tunku Zayyan Lutfi tentang malam yang dipanggil ‘malam durja’.

Zarith angkat bahu. Tdak memahami sepenuhnya soalan Hanis. 

“ Dahlah tu Hanis. Insyaallah Zarith ni lagi bagus dari Zayyan.” Ujar Adi yang mendiamkan diri sejak awal lagi. 

Hanis mengeluh. 

“ Boleh tak kalau tak payah berpatik-berbeta dengan kitorang?” Tanya Afif tiba-tiba. 

Zarith angguk. Dia okay saja. 

“ Nama akak ni Tengku Hanis Adawiyah. Sebelah kau tu pulak Muhammad Afif. Nama aku pulak Adi Firman.” Adi memperkenalkan mereka kepada Zarith. Dia menghulur tangan kepada Zarith. 

Zarith menyambut hormat salaman tangan Adi. 

“ Tak payah panggil aku kakak. Panggil Hanis je.” Sampuk Hanis. Apalah nasib dia...

“ Zarith tak payah panggil kitoranga abng atau kakak. Panggil nama aje.” Beritahu Afif. 

Mereka bebrual dan berkongsi cerita. Hanis tidak lepas memandang wajah Zarith. Dia masih ada perhitungan dengan keluarga diraja Indra Mahkota.

Tunku Zarith Iskandar al-Hakim

pss... mohle komen ngeee

Tuesday 9 December 2014

Part 3-4.5 Milik Siapa Hati Ini?

   Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport ke rumah Aisy di Bangi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Aisy di tempat duduk belakang bersama Puan Mariah hanya diam. Jika ditanya barulah dia bersuara. 

   " Aqleef pergi bercuti ke Hawaii ya?" Tanya Puan Mariah.

   Aqleef mengangguk. " Lima hari bercuti di sana." 

   " Dekat sana tak terserempak Aisy?" Puan Mariah bertanya lagi. Dia mengerling anak perempuannya di sebelah. 

   " Tak auntie." 

   " Aisy kerja apa kat sana?" Tanya Encik Deris. 

   " Aisy kerja kat cafe sebagai marketing manager." 

   " Gaji berapa Aisy?" Tanya Puan Mariah ingin tahu. 

   " Cukuplah untuk hidup kat sana." Aisy menjawab senang. Gaji dia di sana 2 500 USD. Cukup intuk menampung makan minum di sana. 

   " Apa maksud Aisy?" 

   " Ibu tak perlu tahu." Puan Mariah pelik dengan sikap Aisy yang baru ini. Bila ditanya pasti Aisy akan jawab ibu-tak-perlu-tahu.

   " Aisy sewa rumah di sana?" Tanya Encik Deris. 

   " Tak. Tinggal kat apartment dengan kawan." Jawab Aisy. Lima tahun dia tinggal di apartmen Lucy tanpa membayar sewa. Bila dia ingin bayar Lucy menolak keras. Kadang kala duit elektrik dan air mereka bahagi dua. Dia bayar separuh manakala Lucy bayar separuh lagi.

   " Kawan?" Kening Encik Deris berkerut. 

   " Kawan perempuan. Kenapa semua orang sibuk nak tanya pasal kawan? Aisy masih tahu jaga pergaulan Aisy. Pleaselah... Semua macam tak percayakan Aisy. Baik tak payah balik kalau macam ni." Luah Aisy geram. Sejak di KLIA lagi ibu bertanya perihal kawan. 

   Hati Puan Mariah berasa tidak enak mendengar luahan hati Aisy. Silap diakah? Dia cuma mahu mengetahui mengenai kawan-kawan Aisy di sana. Dia tidak tahu apa yang dilakukan Aisy di sana. Sebulan sekali Aisy menelefonnya. Bertanyakan khabar dan menghantar kiriman salam kepada ahli keluarga yang rapat kemudian bye ibu. Aisy tak pernah menceritakan kehidupannya di sana kepadanya. Lagak Aisy seperti tiada keluarga. Kenapa dia kata seperti itu? Sebab dia langsung tak tahu mengenai hal Aisy. 

   " Coollah Aisy." Sampuk Aqleef. 

   Aisy hanya diam. Tidak mahu membalas. Takut amarah menguasai diri.

   " Dah sampai pun." Ujar Encik Deris. 

   Aisy orang pertama yang keluar dari kereta itu. Dia melangkah masuk ke rumah tanpa sebarang kata. Wajah masamnya bertukar riak. Dia terus terjerit kegirangan apabila kakaknya ada di hadapannya. 

   " Hashaaa!" Aisy terus memeluk tubuh kakaknya. 

   " Aisy! Rindu kau dik." Luah Hasha. 

   Pelukan dirungkaikan. Aisy memandang kakaknya pelik. " Hasya dah gemuk. GEMUK!" Perkataan gemuk diulang beberapa kali sehingga Hasha mencubitnya berkali-kali. Aisy ketawa senang kerana dapat menyakitkan hati kakaknya. 

   " Tahulah dia dah kurus keremping. Tak sukalah macam ni." Hasha seperti berjauh hati. Lima tahun dulu tubuh Aisy lebih tembam darinya. Sekarang tubuh Aisy sudah ramping dan kelihatan lebih tinggi seperti dahulu. 

   Aisy gelak lagi. Matanya tertancap pada budak lelaki yang sedang merenungnya pelik. " Hey sweetie. Anak siapa ni Hasha?" 

   " Anak akulah." Balas Hasha sebal. 

   " Bila pulak kau kahwin ni?" Tanya Aisy hairan. 

   " Kau lupalah tu aku kahwin lepas 8 bulan kau pergi Hawaii." 

   " Nama siapa?" Tanya Aisy. 

   Budak lelaki itu menyorok di belakang tubuh Hasha. Wajahnya memerah. 

   " Salam Mak Usu Riaz." Arah Hasha. 

   Budak lelaki yang bernama Riaz itu pergi kepada Aisy lambat-lambat. Tangan Aisy dicapai dan disalamnya. Usai bersalaman Riaz menyorok di belakang tubuh Hasha. Wajahnya masih kemerah-merahan. 

   " Anak buah pun tak kenal Mak Usu." Sampuk Puan Mariah. 

   Aisy diam menunduk. Dia melangkah ke dapur. Ingin membasahkan tekaknya yanga haus dan cuba menjauhkan diri dari ibunya. Hatinya masih terasa sakit jika cerita lama akan dibangkitkan ketika makan makan malam nanti. 

   Sejurus kemudian Aqleef pula ke dapur. Dia tahu Aisy seperti berkecil hati. Dia duduk di hadapan Aisy di meja makan yang terletak di dapur. 

   " Kau jangan kecil hati dengan mak kau Aisy. Sebenarnya dia rindukan kau tu." Pujuk Aqleef. 

   Aisy diam. Dia menunduk. Ketika itu Aisy terpandangkan Encik Deris sedang merenungnya simpati. Aisy bangkit dari dudukannya. Dia keluar dari dapur itu. Melangkah ke biliknya di tingkat atas. " Aisy tak makan malam. Jangan tunggu." 

   Encik Deris mengeluh. Aisy bukan seperti dahulu. Aisy sekarang lebih senang meluahkan apa yang di dalam hati. Bukan mendiamkan diri seperti dahulu. Itu yang dia perasan. Matanya tertancap pada Puan Mariah. Mukanya beriak puas-hati-awak?

   Malam itu Encik Deris sekeluarga dan Aqleef menikmati makan malam. Masing-masing sibuk bercerita tapi Encik Deris sebaliknya. Segalanya hambar baginya. Lima tahun dia menunggu Saat ini. Saat Aisy di meja makan untuk makan malam tapi segalanya musnah kerana Aisy berkecil hati. 


   Hasha mengetuk pintu bilik Aisy. Dia membawa sedulang pinggan yang berisi lauk kegemaran Aisy dan secawan air masak. Dia hairan kerana Aisy langsung tidak membuka pintu atau kata apa-apa selepas dia mengetuk pintu bilik berkali-kali. Dipulas tombol pintu. 

   " Ibu!" Jerit Hasha kuat. 

Monday 8 December 2014

Part 2 Milik Siapa Hati Ini

   Jam 6 petang pesawat MAS yang membawa penumpang dari Hawaii mendarat di Kuala lumpur International Airport. Aisy menghela nafas lega. Akhirnya dia tiba di negara tempat tumpah darahnya. Selepas ini dia akan menaiki teksi untuk ke rumahnya di Bangi. 

   Aqleef merenung Aisy dengan ekor matanya. Dia berasa berat hati untuk meninggalkan Aisy. Dia mahu bertemu lagi dengan Aisy kerana dia belum habis menanyakan perihal wanita itu. Dia mengeluh. 

   " Bye Aqleef." Pamit Aisy. Dia menyandang begnya yang berisi laptop dan beberapa dokumen penting seperti passport. Dia berjalan pantas. Dia ingin cepat bertemu dengan ibu dan ayah. Rasa rindu kepada kedua-dua orang tuanya menggamit nalurinya. 

   Aqleef mengeluh. Belum sempat dia ingin menarik gadis itu untuk berjalan bersama-sama, gadis itu sudah meluru keluar dari pesawat. Para pramugari dan pramugara yang terserempak dengannya tersenyum hormat. Dia membalas senyuman itu seikhlas hatinya. Siapa yang tak kenal Aqleef? Seorang juruterbang yang disegani ramai. 

   ' Macam mana aku nak beritahu dia?' Tanya Aqleef kepada dirinya. Dia runsing. 

   Aisy pula berdebar-debar apabila dia mendekati Balai Ketibaan. Tidak tahu kenapa dadanya berdebar-debar. Seperti ada benda yang akan terjadi! Mata Aisy membulat besar. Air mata mula bergenang di tubir mata apabila melihat Encik Deris dan Puan Mariah. Ibu dan ayah. Dia segera mendekati dua insan yang teristimewa di hatinya. 

   Encik Deris dan Puan Mariah mendakap erat tubuh kurus Aisy. Melepaskan rindu demam. Pelukan dirungkaikan. Wajah Aisy dipandang mereka. Penampilan Aisy sudah berubah. Sangat ketara! Aisy memakai kanta lekap bewarna hijau dan bermekap sedikit. Rambut juga seperti sudah bewarna sedikit coklat gelap. Aisy tampil dengan singlet putih dan di bahagian hadapan singlet itu ada kepala harimau bintang. Memakai seluar hitam ketat. Mengikut saiz kaki. 

   " Kenapa Aisy colourkan rambut?" Tanya Encik Deris tidak senang hati.

   " Ni boleh basuhlah ayah." Beritahu Aisy. Dia tahu ayahnya amat anti tentang gadis yang mewarnakan rambutnya buat selama-lamanya.

   Puan Mariah merenung troli yang dibawa Aisy. Hanya ada tiga bagasi besar. Dia hairan. " Aisy balik Malaysia selamanya?" 

   " Tak tahu." Balas Aisy selamba. Dia sebenarnya tidak berhenti bekrja di Louise Cafe sebagai Mareketing Manager. Dia cuma mengambil cuti tanpa gaji selama sembilan bulan. 

   " Aisy tak buat apa-apa shipping?" Tanya Puan Mariah. 

   Aisy menggeleng. " Aisy cuma ambil cuti tanpa gaji sembilan bulan. Maybe lepas tu Aisy balik Hawaii." Beritahu Aisy. 

   " Jadi Aisy balik sini untuk sembilan bulan aje?" Sampuk Encik Deris. 

   " Mungkin. Tak tahu lagi. Lagipun Aisy dah janji dengan kawan nak travel Europe sama-sama lepas puasa." Jawab Aisy. Dia sudah berjanji dengan sahabatnya untuk travel Europe selepas puasa. Mungkin dua hari raya dia akan travel. 

   Puan Mariah seperti memikirkan sesuatu. Hari Raya Aidilfitri bulan August nanti. Sekarang bulan March. Maksudnya Aisy akan tinggal di Malaysia selama lima bulan dan baki empat bulan Aisy akan travel Europe. " Aisy baru balik takkan nak tinggalkan ibu dan ayah lagi." Rungut Puan Mariah. Tidak puas hati. 

   " Bersyukurlah Yah. Aisy dah balik tu." Sampuk Encik Deris. Hal-hal seperti ini boleh diuruskan. Tahulah dia memujuk Aisy. 

   " Kawan mana yang pergi travel Europe dengan Aisy?" Tanya Puan Mariah. Dia memandang anak perempuan tunggalnya semacam.
 
   " Ibu tak kenal pun." Balas Aisy senang. 

   " Ibu perlu tahu." 

   " Dahlah tu. Jom balik." Ajak Encik Deris. Dia tidak mahu kerana isu kecil ini Aisy ingin pulang kembali ke Hawaii. Lagipun mereka sekarang berada di KLIA. Bila-bila saja Aisy boleh beli tiket pulang ke Hawaii. 

   " Ehemmm." Dehem satu suara. 

   Encik Deris tersenyum lebar memandang lelaki itu. Puan Mariah pula tergamam sedikit. Aisy pula statik. Dia tidak mahu memandang ke belakang. Trauma dan takut menghuni tangkai hatinya. Entah kenapa dia berasa takut dan panik dia pun tak tahu. 

   " Aqleef!" Tegur Encik Deris. 

   Aisy menghela nafas lega. Dipusing tubuhnya ke belakang. Menatap raut Aqleef. Aqleef sedang tersenyum kepadanya. Ohhh, janganlah perasan Aisy! Dia senyum kat mak kaulah, desis Aisy. 

   " Tak sangka kita jumpa di sini Aqleef." Ujar Encik Deris. Agak lama jugak dia tidak bertemu dengan Aqleef. Rasanya adalah dalam tiga bulan. Selalunya mereka berhubung dalam talian. 

   " Ya Uncle. Uncle sihat?" Tanya Aqleef ramah. 

   " Sihat. Marilah ke rumah uncle." Ajak Encik Deris tiba-tiba. 

   Aisy di situ hanya berdiri. Memerhati drama sebabak di hadapannya. Bagaimana Aqleef boleh mesra dengan ayah? Ayah bukanlah lelaki yang peramah. Setahunya dia pernah kenalkan Aqleef dan keluarganya lima tahun lalu. Lima tahun lalu satu jangka masa yang agak panjang. Dia hairan sendiri. Dia merasakan seperti ada perkara yang disorokkan dari pengetahuannya tapi apa?

   " Tak menganggu ke?" Tanya Aqleef. 

   " Taklah." 

   " Marilah Aqleef." Ajak Puan Mariah pula. 

   Aisy di situ hanya terkebil-kebil. Hello! Kenapa mamat ni pulak dapat perhatian daripada ibu dan ayah? Aisy mengelamun. Lengan Aisy ditarik Puan Mariah. Aisy berjalan beriringan dengan ibunya manakal Aqleef dan Encik Deris jalan beriringan di hadapan mereka. Dia masih tidak faham. Tidak faham akan keakraban Aqleef dan Encik Deris. Troli bagasinya ditolak oleh Encik Deris. Aisy tambah hairan apabila ayah dan Aqleef berbicara dengan suara perlahan. Seperti ada perkara yang disorokkan. 



Saturday 6 December 2014

Part 1 Milik Siapa Hati Ini?



Dua belas tahun selepas perkenalan Aisy dan Aqleef... 

   Aisy bergerak masuk ke pesawat MAS. Pesawat yang bakal menerbangkannya pulang ke Malaysia. Hampir tiga tahun dia menyembunyikan diri dari kaum keluarga, sahabat andai selepas peristiwa malang itu. Kini dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah keluarganya. Dia pun malas mahu memikirkan kata-kata orang disekitarnya. Mulut orang sukar nak tutup dari mengata. Biarkan saja mereka. 

   Aisy duduk di sebelah tingkap. Jam tangan digitalnya menunjukkan angka 8.20 pagi, waktu di Honolulu, Hawaii. Sekarang di Malaysia sudah malam kerana jarak di antara Malaysia dan Hawaii ialah lapan belas jam. 

   Aisy melepaskan keluhan. Tiba-tiba dia teringatkan Aqleef dan Gia. Adakah Aqleef masih menyukai Gia? Adakah Aqleef sudah mengahwini Gia atau perempuan lain? Dia pun tidak tahu kerana dia sendiri yang mendiamkan diri di bumi asing. Facebook, Twitter, Instagram tidak lagi dibukanya sejak tiga tahun yang lalu. Nombor telefonnya pun sering bertukar kerana tidak mahu ahli keluarganya mencari dia di Honolulu. 

   Dia menongkat dagunya dengan tangan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya setiba di Malaysia. Tiada plan. Setibanya di KLIA nanti dia akan memikirkan semua itu. Pulangnya ke Malaysia tiada siapa yang tahu. 

   Pengunguman pramugara yang menyuruh para penumpang memakai tali pinggang keselamatan membuatkannya tersentak dari lamunan. Dia segera memakai tali pinggang keledar. 

   " Hasyfiqah!" Panggil seseorang. 

   Aisy terkejut. Dia menoleh ke sebelah. Ingin memandang raut yang memanggil namanya. Dia terpana. Aqleef di sebelahnya? Apakah? 

  " Hashfiqah Azwa binti Deris a.k.a Aisy." Panggil suara itu. 

  " Aqleef?" Mata Aisy membulat. 

  " Ya ni aku." Sahut Aqleef selamba. Dia tersenyum lebar memandang Aisy yang sudah lama dia tidak bertemu. 

   " Kau dah berubah. Sangat." Komen Aqleef. 

  Aisy tersenyum sinis. " Kenangan silam yang mengubah sesorang." 

  " Tapi perlu ke kau berubah sampai begini sekali?" Tanya Aqleef. Dia terkejut melihat Aisy yang agak kelihatan berbeza sedikit dari penampilannya yang dahulu. Mungkin bukan sedikit! Sangat banyak! 

  " I used to be a nerd. Really nerd sampai maruah aku dengan mudah dicalarkan dengan teruk tapi sekarang tak." Balas Aisy. Dia tahu lelaki itu sangat terkejut dengan penampilannya kini.

   " Ok fine." Aqleef tidak mahu komen lebih-lebih. Takut Aisy kembali mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman. 

   " So Aqleef... Lama tak dengar cerita? Kau buat apa kat Honolulu ni?" Tanya Aisy ingin tahu. Takkanlah berbulan madu di Honolulu. 

   " Bercuti." 

   " What? Kenapa Hawaii? Seronok tak?" Aisy tersenyum nakal. 

  Aqleef mengeluh. Dia mengerti senyuman nakal di bibir Aisy. " Aku pergi surf dan lawat beberapa tempat jelah. Tak ada kerja aku nak layan semua benda tu." 

  Aisy ketawa kecil. Saja aje mengusik Aqleef tadi. " Seronok tak cuci mata kat pantai?" 

  " Aku debik jugak kepala kau ni!" Marah Aqleef. 

  " Berani ke?" 

  " Ohhh... Kau dengan Gia apa cerita? Any update?" 

  Wajah Aqleef berubah. Kalaulah Aisy tahu isi hatinya... Kalaulah...

  " Kau rasa?" 

  " Mungkin kau dah bertunang dengan dia... Aku pun tak tahulah." 

  " Suka hati kaulah nak fikir apa pun." Aqleef malas mahu menjawab soalan Aisy.

PAPP! 

  " Kau kenapa?" Marah Aqleef. Panas hatinya dengan Aisy. Tiba-tiba debik belakangnya. Aisy sudah berani cari gaduh dengan dirinya. 

  " Aku tanya kau baik-baik kan? Kenapa susah sangat nak jawab ha?" 

  " Manalah aku tahu Si Gia tu sekarang buat apa!" 

  " Dah lama sangat kita tak gaduhkan?" Tiba-tiba Aisy bertanya. 

  Kening Aqleef bertaut rapat. Pelik. Beberapa saat kemudian dia ketawa kecil. " Jadi tadi kau cuba cari gaduh dengan aku?" 

  " Tak bermaksud pun." 

  " Hahaha... Kau pula apa cer? Takkan tak terpikat dengan mana-mana mamat rambut blonde?" 

  Aisy menggeleng. " Luka lama tak sembuh lagi kut." 

  " Dah lima tahun perkara tu berlaku." Balas Aqleef. 

   " Hrmmm..." Aisy tidak tahu mahu membalas apa. 

   " Kau balik ke Malaysia berapa bulan?" Tanya Aqleef ingin tahu.

   " Dependslah." 

   " Maksud kau?" 

   " Aku sebenarnya malas nak balik tapi bila aku dengar mak aku menangis sebab dah lama tak jumpa aku." Jawab Aisy.

   " Aku kau tak kesian?" Tanya Aqleef. 

   Aisy memandang Aqleef dengan pandangan hairan. " Kau buat apa duh? Buang karen je." 

  " Sampai hati kaukan cakap macam tu." Aqleef seperti bejauh hati dengan Aisy.

  Aisy menolak perlahan tubuh tepi Aqleef dengan jari hantunya. " Buruk benau kalau kau merajuk." Kemudian, dia ketawa kecil. 

  " Orang merajuk bukan tak nak pujuk." 

  " Suruhlah Gia pujuk." 

  " Kau tak habis-habis dengan Gia." Ujar Aqleef perlahan.

  " Habistu?" 

  " Three." Aqleef berloyar buruk. 

  " K. Fine." Aisy kembali membaca majalah di ribanya. Dia duduk bersila di seatnya. 

  " Aisy... Kalau ada orang masuk meminang kau... Kau terima tak?" Soal Aqleef setelah agak lama mereka mendiamkan diri. 

  Aisy merenung wajah tampan Aqleef. " Aku sensitive sikit kalau cakap pasal couple, minang, tunang, kahwin, suami, anak, cucu, cicit dan hal-hal yang melibatkan masa depan keeluarga aku. So my answer is no! A big no! Lagipun aku tak nak kahwin lagi. Live free mate." 

  " Okey." Aqleef cuba menyembunyikan senyuman. 





Prolog Milik Siapa Hati ini



   Aisy membaca mesej yang dihantar ke Facebooknya. Baru lima minit dia tinggalkan akaun facebooknya lelaki itu sudah membalas mesejnya dengan panjang lebar. Dia meniup sedikit milo panasnya lalu diminum sedikit. 

   Muhammad Aqleef- Yang kau sibuk kenapa? Suka hati akulah nak suka kat dia! Penyibuk aje! Dahlah tak bagi salam tegur aku. Tiba-tiba aje tanya aku suka kat dia ke tak.          Kau mereng ke apa?

   Aisy meneguk liurnya. Kuih bahulu fikinya geram. Laju jarinya menekan keyboard. Membalas mesej lelaki yang bernama Muhammad Aqleef itu. 

   Aisy- Suka hatilah aku nak sibuk ke apa. Umairah tu kawan baik aku. Kau tak patut layan dia  macam tu. Kejap macam suka dia kejap macam tak suka dia. Kau tahu tak dia suka kau?!        Kau tak sedar ke, ha? Aku rasa nak debik je kau ni. Kau suka dia ke tak ha? Baik kau jawab    soalan aku mamat senget. 

   Beberapa saat kemudian, lelaki itu membalas mesej Aisy. 

   Muhammad Aqleef- Kau tak dapat debik aku sebab kita jauh. Kita sekarang dekat alam maya. 😝 Aku memang suka dia. Puas hati kau? 

   Aisy tersenyum lebar membaca balasan mesej Aqleef. 

   Aisy- Kenapa kau tak luahkan? Kau tahu tak dia suka kau sejak darjah lima lagi. Penat dia tunggu    kau tahu tak?! 

   Muhammad Aqleef- Tu aku tahulah. Aku ni pemalu orangnya. Hahaha... 

   " Pemalu konon... Peerah." Aisy berkata perlahan sebaik saja membaca balasan mesej dari Aqleef. 

   Aisy- Kau nak aku tolong kau tak? F.O.C je.

   Muhammad Aqleef- Tolong apa pulak ni?!

   Aisy- Tolong apa-apa jelah. Jadi posmen tak bergaji ke jadi kauselor tak bertauliah untuk crush kau Gia tu. 

   Ikon chat Aqleef tiba-tiba tidak menyala. Tidak berwarna hijau. Mungkin offline sekejap. Aisy menanti dengan penuh kesabaran. Sambil menunggu Aqleef dia stalk profile lelaki itu. Photos lelaki itu menjadi tatapannya. 

   ' Hrmmm... Boleh tahan handsome mamat senget ni.' Puji Aisy di dalam hati. 

   Status lelaki itu dibacanya lagi. Kebanyakan kata-kata motivasi dan ceramah agama yang dishare dari beberapa fan page. 

   ' Not badlah mamat ni. Alim.' Getus hati Aisy. 

   Ting! Aqleef membalas mesej Aisy. 

   Muhammad Aqleef- Thanks but no thanks. Aku boleh buat sendiri. 

   Aisy- Suka hati kaulah kawan. Btw, kena kau suka bff aku tu ea?

  Perbualan di antara Aisy dan Aqleef semakin rancak. Perbualan mereka berkisarkan mengenai best friend forever Aisy a.k.a crush Aqleef. Aisy juga turut memberikan beberapa tips kepada lelaki itu. Tips apa? Tips dalam percintaan. Lagak Aisy seperti doktor love dan match maker. Aqleef pula layankan saja Aisy yang gila-gila itu.