Tuesday, 9 December 2014

Part 3-4.5 Milik Siapa Hati Ini?

   Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport ke rumah Aisy di Bangi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Aisy di tempat duduk belakang bersama Puan Mariah hanya diam. Jika ditanya barulah dia bersuara. 

   " Aqleef pergi bercuti ke Hawaii ya?" Tanya Puan Mariah.

   Aqleef mengangguk. " Lima hari bercuti di sana." 

   " Dekat sana tak terserempak Aisy?" Puan Mariah bertanya lagi. Dia mengerling anak perempuannya di sebelah. 

   " Tak auntie." 

   " Aisy kerja apa kat sana?" Tanya Encik Deris. 

   " Aisy kerja kat cafe sebagai marketing manager." 

   " Gaji berapa Aisy?" Tanya Puan Mariah ingin tahu. 

   " Cukuplah untuk hidup kat sana." Aisy menjawab senang. Gaji dia di sana 2 500 USD. Cukup intuk menampung makan minum di sana. 

   " Apa maksud Aisy?" 

   " Ibu tak perlu tahu." Puan Mariah pelik dengan sikap Aisy yang baru ini. Bila ditanya pasti Aisy akan jawab ibu-tak-perlu-tahu.

   " Aisy sewa rumah di sana?" Tanya Encik Deris. 

   " Tak. Tinggal kat apartment dengan kawan." Jawab Aisy. Lima tahun dia tinggal di apartmen Lucy tanpa membayar sewa. Bila dia ingin bayar Lucy menolak keras. Kadang kala duit elektrik dan air mereka bahagi dua. Dia bayar separuh manakala Lucy bayar separuh lagi.

   " Kawan?" Kening Encik Deris berkerut. 

   " Kawan perempuan. Kenapa semua orang sibuk nak tanya pasal kawan? Aisy masih tahu jaga pergaulan Aisy. Pleaselah... Semua macam tak percayakan Aisy. Baik tak payah balik kalau macam ni." Luah Aisy geram. Sejak di KLIA lagi ibu bertanya perihal kawan. 

   Hati Puan Mariah berasa tidak enak mendengar luahan hati Aisy. Silap diakah? Dia cuma mahu mengetahui mengenai kawan-kawan Aisy di sana. Dia tidak tahu apa yang dilakukan Aisy di sana. Sebulan sekali Aisy menelefonnya. Bertanyakan khabar dan menghantar kiriman salam kepada ahli keluarga yang rapat kemudian bye ibu. Aisy tak pernah menceritakan kehidupannya di sana kepadanya. Lagak Aisy seperti tiada keluarga. Kenapa dia kata seperti itu? Sebab dia langsung tak tahu mengenai hal Aisy. 

   " Coollah Aisy." Sampuk Aqleef. 

   Aisy hanya diam. Tidak mahu membalas. Takut amarah menguasai diri.

   " Dah sampai pun." Ujar Encik Deris. 

   Aisy orang pertama yang keluar dari kereta itu. Dia melangkah masuk ke rumah tanpa sebarang kata. Wajah masamnya bertukar riak. Dia terus terjerit kegirangan apabila kakaknya ada di hadapannya. 

   " Hashaaa!" Aisy terus memeluk tubuh kakaknya. 

   " Aisy! Rindu kau dik." Luah Hasha. 

   Pelukan dirungkaikan. Aisy memandang kakaknya pelik. " Hasya dah gemuk. GEMUK!" Perkataan gemuk diulang beberapa kali sehingga Hasha mencubitnya berkali-kali. Aisy ketawa senang kerana dapat menyakitkan hati kakaknya. 

   " Tahulah dia dah kurus keremping. Tak sukalah macam ni." Hasha seperti berjauh hati. Lima tahun dulu tubuh Aisy lebih tembam darinya. Sekarang tubuh Aisy sudah ramping dan kelihatan lebih tinggi seperti dahulu. 

   Aisy gelak lagi. Matanya tertancap pada budak lelaki yang sedang merenungnya pelik. " Hey sweetie. Anak siapa ni Hasha?" 

   " Anak akulah." Balas Hasha sebal. 

   " Bila pulak kau kahwin ni?" Tanya Aisy hairan. 

   " Kau lupalah tu aku kahwin lepas 8 bulan kau pergi Hawaii." 

   " Nama siapa?" Tanya Aisy. 

   Budak lelaki itu menyorok di belakang tubuh Hasha. Wajahnya memerah. 

   " Salam Mak Usu Riaz." Arah Hasha. 

   Budak lelaki yang bernama Riaz itu pergi kepada Aisy lambat-lambat. Tangan Aisy dicapai dan disalamnya. Usai bersalaman Riaz menyorok di belakang tubuh Hasha. Wajahnya masih kemerah-merahan. 

   " Anak buah pun tak kenal Mak Usu." Sampuk Puan Mariah. 

   Aisy diam menunduk. Dia melangkah ke dapur. Ingin membasahkan tekaknya yanga haus dan cuba menjauhkan diri dari ibunya. Hatinya masih terasa sakit jika cerita lama akan dibangkitkan ketika makan makan malam nanti. 

   Sejurus kemudian Aqleef pula ke dapur. Dia tahu Aisy seperti berkecil hati. Dia duduk di hadapan Aisy di meja makan yang terletak di dapur. 

   " Kau jangan kecil hati dengan mak kau Aisy. Sebenarnya dia rindukan kau tu." Pujuk Aqleef. 

   Aisy diam. Dia menunduk. Ketika itu Aisy terpandangkan Encik Deris sedang merenungnya simpati. Aisy bangkit dari dudukannya. Dia keluar dari dapur itu. Melangkah ke biliknya di tingkat atas. " Aisy tak makan malam. Jangan tunggu." 

   Encik Deris mengeluh. Aisy bukan seperti dahulu. Aisy sekarang lebih senang meluahkan apa yang di dalam hati. Bukan mendiamkan diri seperti dahulu. Itu yang dia perasan. Matanya tertancap pada Puan Mariah. Mukanya beriak puas-hati-awak?

   Malam itu Encik Deris sekeluarga dan Aqleef menikmati makan malam. Masing-masing sibuk bercerita tapi Encik Deris sebaliknya. Segalanya hambar baginya. Lima tahun dia menunggu Saat ini. Saat Aisy di meja makan untuk makan malam tapi segalanya musnah kerana Aisy berkecil hati. 


   Hasha mengetuk pintu bilik Aisy. Dia membawa sedulang pinggan yang berisi lauk kegemaran Aisy dan secawan air masak. Dia hairan kerana Aisy langsung tidak membuka pintu atau kata apa-apa selepas dia mengetuk pintu bilik berkali-kali. Dipulas tombol pintu. 

   " Ibu!" Jerit Hasha kuat. 

No comments:

Post a Comment