Prolog
Hanis, Afif dan Adi sedang sibuk bermain dengan peralatan muzik masing-masing. Mereka sedang menunggu mantee mereka di bilik muzik. Mereka mengeluh. Mantee mereka masih belum tiba lagi walaupun sudah dua jam menunggu.
“ Mana budak ni?” Tanya Hanis kepada Afif dan Adi yang sibuk memetik gitar berwarna hitam. Dia mendengus. Kali ini mereka perlu menjadi mentor kepada junior yang baru saja masuk ke alam persekolahan di Eliantra Business School. Kononnya program mentor mantee adalah untuk mengakrabkan lagi hubungan senior dan junior serta membantu junior mereka untuk menyesuaikan diri di kolej ini.
“ Entahlah.” Jawab Adi dan Afif serentak. Mereka juga sudah bosan menunggu mantee mereka yang masih belum menampakkan bayang.
“ Ni yang aku nak marah ni.” Balas Hanis. Dia paling benci menunggu. Drumstick di tangannya dihentak kuat pada drum. Menyalurkan rasa bosan dan marahnya ke drum itu. Dua jam menunggu manteenya dia sudah mematahkan sepasang drumstick.
“ Rel...” Belum sempat Afif ingin menyambung ayatnya, pintu bilik muzik sudah terbuka dari luar.
“ Sorry for the late. Semua mantee tersekat dengan ceramah Miss Janie yang syok sendiri.” Beritahu Dean. Disebelahnya berdiri seorang remaja lelaki kacak memakai pakaian seragam Eliantra Business School. Remaja lelaki itu tersenyum mesra kepada mereka.
“ It’s okay.” Ucap Hanis lemah. Dia menghampiri Dean dan remaja lelaki itu. Dia tidak jadi marah kerana manteenya lambat kerana bebelan Miss Janie. Dia pasti Miss Janie telah membuka pelbagai cerita kepada batch juniornya. Yang pastinya lebih banyak buruk dari baik. Siapa yang tidak kenal dengan Miss Janie?
“ What’s your name?” Tanya Hanis. Dia menarik tangan remaja lelaki itu ke bangku terdekat.
Remaja lelaki itu tergamam namun diikuti saja langkah Hanis.
“ Zarith Iskandar al- Hakim.” Jawab Zarith. Dia sengaja idak menyebut nama ‘Tunku’ di hadapan nama Zarith.
“ Nis... That boy nobody can touch.” Pesan Dean. Tanpa berkata apa-apa. Dia pergi meninggalkan bilik muzik.
Hanis mengangkat tinggi keningnya. Dia pelik.
“ Anak Sultan Indra Sari.” Balas Afif. Dia duduk di sebelah Zarith.
“ Ooo... Ampunkan patik.” Ucap Hanis selamba. Dia merenung lama wajah Afif. Dia seperti memikirkan sesuatu. Dia sebenarnya masih terperanjat dengan fakta yang baru dia tahu.
“ Adik Tunku Zayyan ke Afif?” Tanya Hanis. Direnung wajah Zarith. Tak ada iras-iras muka Zayyan pun, bisik hati Hanis,
Afif angguk perlahan. Dia tahu Hanis masih terperanjat dengan semua ini.
“ Abang sihat?” Tanya Hanis kepada Zarith. Dia merenung dalam-dalam wajah Zarith sehingga membuatkan Zarith tidak selesa.
“ Sihat.”
“ Abang sekolah sini ke?” Tanya Hanis lagi. Dia ingin tahu tentang perkara itu.
Zarith menggelengkan kepalanya. Dia pelik dengan soalan yang diajukan seniornya. Hanis kenal ke dengan abangnya? Setahunya abangnya sedang menjalinkan hubungan dengan puteri dari kerajaan Indra Permata.
Hanis lega. “ Kau bukan macam abang kau kan?”
Afif geleng kepala mendengar soalan yang diajukan Hanis kepada Zarith. Dia tahu Hanis masih trauma dan masih belum memaafkan Tunku Zayyan Lutfi tentang malam yang dipanggil ‘malam durja’.
Zarith angkat bahu. Tdak memahami sepenuhnya soalan Hanis.
“ Dahlah tu Hanis. Insyaallah Zarith ni lagi bagus dari Zayyan.” Ujar Adi yang mendiamkan diri sejak awal lagi.
Hanis mengeluh.
“ Boleh tak kalau tak payah berpatik-berbeta dengan kitorang?” Tanya Afif tiba-tiba.
Zarith angguk. Dia okay saja.
“ Nama akak ni Tengku Hanis Adawiyah. Sebelah kau tu pulak Muhammad Afif. Nama aku pulak Adi Firman.” Adi memperkenalkan mereka kepada Zarith. Dia menghulur tangan kepada Zarith.
Zarith menyambut hormat salaman tangan Adi.
“ Tak payah panggil aku kakak. Panggil Hanis je.” Sampuk Hanis. Apalah nasib dia...
“ Zarith tak payah panggil kitoranga abng atau kakak. Panggil nama aje.” Beritahu Afif.
Mereka bebrual dan berkongsi cerita. Hanis tidak lepas memandang wajah Zarith. Dia masih ada perhitungan dengan keluarga diraja Indra Mahkota.
Tunku Zarith Iskandar al-Hakim |
pss... mohle komen ngeee